<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1412770947201719901?origin\x3dhttp://juzordinarygirlff.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Mocha Cafe (Part 1)
▲ Friday, October 28, 2011 / 3:40 AM


Shin Soo Mi merupakan seorang remaja perempuan yang biasa di sekolahnya. Tapi apabila dia bekerja sambilan di Mocha Cafe, seakan akan dia ni SUPERSTAR. Dia dilayan dengan baik sekali. Malah paling tragik, semua pekerja lelaki di situ menaruh perasaan padanya. Apa yang harus dilakukannya?. Ketahilah segalanya dalam MOCHA CAFE.

"Ding dong, ding dong," kedengaran bunyi loceng. "Siapa pula datang rumah pagi - pagi buta ni?,"kata Soo Mi, marah. Sebaik sahaja Soo Mi buka pintu, kelihatan oppanya Dong Ho cuba mengusiknya. "Omma, tengok ni oppa main - main loceng nak kenakan saya," bentak Soo Mi geram. "Dah bangun budak kecil?, tau tidur saja, pergilah buat kerja!," balas Dong Ho yang cuba mengusik dongsaengnya lagi. Suka betul oppanya mengenakan Soo Mi, baginya Soo Mi memang nampak kelakar apabila marah. "Kenapa terang sangat ni?, bukan baru pukul 8.00 pagi?," tanya Soo Mi pada oppanya. "Merepeklah kau ni, jam kau rosak, sekarang pukul 2.00 petang, hish, tak tau malu betul," ejek Dong Ho lagi. Omma mereka hanya tertawa melihat telatah dua beradik itu. Walaupun Dong Ho selalu menyakat dongsaengnya tetapi sebenarnya dia amat sayang pada dongsaengnya. "Oppa, kalau kawan Soo Mi telefon, kata Soo Mi tengah dating dengan Woo Hyun tau!, kalau tak, nahaslah oppa!," ugut Soo Mi sengaja. Soo Mi pun selalu membuat oppanya marah kerana baginya, wajah oppanya amat comel ketika marah.

"Baiklah tuan puteri, tapi, apa hubungan kau dengan dia?," tanya Dong Ho yang cuba mengorek rahsia dongsaengnya. "Adalah, kalau oppa nak tahu, kena belikan Soo Mi album baru Infinite dulu, bwahahha," ledak ketawa Soo Mi pun meletus. "Tak naklah, lagipun oppa tak akan sekali percaya dia boyfriend kau, muehehe," Dong Ho ketawa sinis. "Mana ada, hubungan kita orang makin rapatlah, tapi, saya sendiri pun tak yakin yang dia akan sukakan saya." Raut wajah Soo Mi mula berubah masam. Dong Ho mula rasa bersalah, dia cuba memohon maaf tetapi Soo Mi terus menolaknya dan berlari masuk biliknya. Omma dan oppanya berpandangan sesama sendiri, pelik akan reaksi Soo Mi kebelakangan ini. Dia mudah dan cepat terasa, dia bukan Soo Mi yang dulu. Soo Mi yang dulu ialah Soo Mi yang periang dan tidak mudah terasa dengan usikan dan ejekan orang lain.

"Kamu ni, asyik nak kenakan dongsaeng kamu saja, dah, pergi minta maaf," marah ommanya. Dong Ho berkerut pelik. Sangat sangat pelik akan perubahan Soo Mi, macam orang baru putus cinta. Apabila sesiapa menyebut tentang boyfriend, pasti Soo Mi akan pergi ke tempat lain. Dong Ho naik atas ke bilik dongsaengnya. "Oppa minta maaf, tolonglah, maafkan oppa," pinta Dong Ho lembut. Soo Mi membuka pintu biliknya perlahan dan kelihatan dia menangis teresak - esak. "Kamu nak ceritakan sesuatu?," tanya Dong Ho.

Soo Mi memandang oppanya perlahan dan berkata "ya". Dong Ho lega dengan jawapan yang keluar daripada mulut Soo Mi. Dia segera masuk ke bilik Soo Mi dan cuba mendengar luahan hati dongsaengnya. "Mianeiyo oppa, mianei", kata Soo Mi dalam esak tangisnya. "Tak apa, patutnya oppa yang perlu minta maaf sebab mengusik kamu tadi", balas Dong Ho tenang. "Ada masalah dekat sekolah, dia orang sangka saya ada hubungan dengan Woo Hyun", kata Soo Mi. "Kenapalah orang suka sangat dekat dia, punyalah handsome oppa ni, dia orang tak nak", balas Dong Ho yang cuba membuat dongaengnya tergelak. Akhirnya Soo Mi mula tertawa dan tersenyum.

"Ini mesti angkara Hyun Ah kan?", tanya oppanya. "Ya lah, kalau bukan dia dan geng dia siapa lagi?", balas Soo Mi meluat. "Dong Ho, Kevin telefon". Ommanya menjerit memanggil Dong Ho untuk menjawab panggilan daripada Kevin. "Cakap Ah Bin tak suka pun dia tau oppa", usik Soo Mi nakal. Dong Ho hanya tersenyum dan terus turun bawah. Rumah mereka mempunya dua tingkat.

"Hello Kevin, kenapa kau telefon aku?". Soo Mi mencuri dengar perbualan mereka dengan mendengar di telefon atas. "Dong Ho, aku tak sedap hatilah, Ah Bin macam tak pandang aku saja kebelakangan ni", kata Kevin risau dengan apa yang berlaku. Tidak sempat Dong Ho memjawab, Soo Mi membalas. Dia lupa bahawa dia sepatutya hanya mencuri dengar, sekarang, dia termasuk jeratnya sendiri. "Mana ada, Ah Bin suka sangat dekat kau cuma dia tidak tunjukkan", balas Soo Mi. "Woi, budak kecil, baik kau tutup telefon sekarang!", bentak Dong Ho marah. "Tak apa Dong Ho, Soo Mi, betul ke?", tanya Kevin. "Ya. saya kan chingu baik dia". Tiba - tiba kedengaran seperti seseorang meletak ganggang telefon. Ianya bukan Dong Ho, mahupun Soo Mi, ianya Kevin. Sebaik sahaja dia tahu perkara sebenar, dia terus meletak ganggang dan berlari mendapatkan sejambak bunga di kedai bunga berdekatan rumahnya dan berlari ke rumah Ah Bin.

........................................................................................

Dong Ho terus berlari ke bilik Soo Mi, dia menendang pintu bilik dongsaengnya untuk masuk ke dalam. Dia amat geram dengan Soo Mi kerana fasal dialah, Dong Ho dengan Kevin tidak dapat berbual panjang. Soo Mi tahu yang oppanya pasti tidak berjaya memasuki biliknya kerana ia sudah dikunci ketat melalui dalam. Omma mereka terpaksa menjerit "berhenti" untuk menhentikan pergaduhan perang dunia ke 10 antara kerajaan Soo Mi dan kerajaan Dong Ho. "Sekejap baik, sekejap bergaduh", bisik hati ommanya.

......................................................................................

"Ah Bin, ini Kevin, bukalah tingkap bilik awak", menjerit Kevin dengan perlahan agar omma Ah Bin tidak dengar. Ah Bin yang ketika itu sedang berlajar terdengar jeritan halus Kevin, dia membuka tingkap perlahan, dan, kelihatan Kevin tersenyum membawa sejambak bunga. Bilik Ah Bin berada di tingkat kedua, sebab itu mereka terpaksa menjerit perlahan jika mahu bercakap. Kevin membaling jambangan bunga itu ke taman bunga omma Ah Bin kerana dia tidak boleh masuk ke rumah Ah Bin. Ini kerana dia malu jika mahu bercakap dengan omma Ah Bin. Ah Bin tersenyum, dia terus berlari turun bawah dan keluar ke taman bunga ommanya. Ah Bin mencapai sejambak bunga itu dan dia membuka sekeping kad yang diselit dalam bunga itu. Kad itu tertulis "sudikah awak, Ah Bin mencintai saya sepenuh hati?". Ah Bin amat gembira, dia terus menjerit "ya" tanpa mempeduli tentang ommanya akan mendengari jeritannya.

Kevin hanya mampu tersenyum, tapi, sebenarnya dalam hati Kevin, dia menjerit gembira. Kevin terus berlari apabila dia melihat omma Ah Bin keluar dari rumah. Ah Bin berpura - pura seperti tiada apa yang berlaku dan dia menyorokkan jambangan bunga itu dicelah - celah pokok bunga ommanya. "Kenapa kamu menjerit ni?, dengar jiran nanti", ommanya marah kerana Ah Bin menjerit kuat sangat. "Oh, bunga yang saya tanam itu dah mula membesar omma, saya gembiralah", balas Ah Bin menipu. Ommanya tersenyum mendengar jawapan daripada anaknya. Ah Bin terus memasuki rumah dan naik ke biliknya. Setibanya dia di biliknya, Ah Bin mengeluh panjang. "Nasib baik omma tak nampak Kevin tadi, tidak, nahas aku", bisik hati Ah Bin sendirian.

Ah Bin mula tersenyum seorang diri macam orang hilang akal. "Dia minta untuk jadi boyfriend aku?", bisik hatinya lagi. Ah Bin mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Soo Mi, teman baiknya. "Yobusayo, ini Ah Bin", sapa Ah Bin. "Aku tahu lah kau kawan aku, Kevin ada datang rumah kau atau telefon kau tak?", tanya Soo Mi. Hati Ah Bin mula bersinar, macam - macam yang mahu diceritanya pada Soo Mi. "Aik, macam mana kau tahu?", tanya Ah Bin pelik. "Oh, jadi dia dah buat sesuatulah, kau patut ucap kamsahamnida pada aku tau, fasal akulah kau orang dah couple". Soo Mi terus meletak telefon dan tidak menjawab sebarang panggilan daripada Ah Bin. "Kenapa dia ni?, kecil hati ke aku selalu panggil dia budak kecil?, tapi, takkanlah", bisik hati Ah Bin pelik akan tindakan Soo Mi.

..............................................................................

Akhirnya pergaduhan Soo Mi dan Dong Ho terlerai juga kerana sudah satu jam berlalu. Takkan mungkin Dong Ho akan memarahi Soo Mi kerana perkara kecil. Tambahan lagi, Ah Bin menelefon Soo Mi tentang Kevin. Dia tahu sangat apa yang akan terjadi antara Kevin dan Sam Ah Bin. Dong Ho mengalah kerana dia selama dan sekuat manapun dia menendang pintu bilik Soo Mi, ia tetap tidak terbuka, kasihan. Sebenarnya Soo Mi sengaja meletak ganggang kerana dia mahukan chingunya memikirkan tentang apa yang telah dibuatnya pada Kevin sampaikan Kevin mengaku cintanya pada Ah Bin. Soo Mi membuat strateginya sendiri bagaimana mahu rapatkan Kevin dengan chingunya, Ah Bin. Soo Mi membuka pintu biliknya dan memasuki blik oppanya, ketika itu Dong Ho sedang mendengar lagu di ipod. Dong Ho terus menutup lagu kegemarannya dan memandang dongsaengnya dengan tajam. "Apa tengok - tengok?", gertak Soo Mi. "Ni aku secara rasminya nak bagitahu yang Kevin dan Ah Bin dah bercouple", selamba sahaja Soo Mi berkata.

Dong Ho terkejut lantas memeluk dongsaengnya seperti baru menang pertandingan. "Kenapa ni?", Soo Mi bertanya apabila oppanya meleraikan pelukan. "Oppa tumpang gembira untuk dia orang, kalau tak fasal kau kacau aku cakap tadi, tak mungkin perkara ini berlaku", balas Dong Ho gembira. "Itulah, lain kali lantaklah aku mengacau kau pun", balas Soo Mi dengan selamba. "Hish, budak kecil tak tau malu", bentak hati Dong Ho. Soo Mi terus turun bawah untuk menolong ommanya masak di dapur. Kalau nak harapkan oppanya, tak payahlah, buang masa sahaja. Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.00 petang, lagi 2 jam appa mereka akan pulang, jadi, ommanya harus memasak makan malam keluarga. Selepas Soo Mi menolong ommanya, dia terus mandi memandangkan sebentar lagi rancangan musik kegemarannya akan ditayangkan di kaca TV. Selepas mandi dan bersiap, dia pun keluar dengan berazam mahu menonton TV, tetapi oppanya sudah merampas terlebih dahulu.

"Oppa, nanti Infinite ada dalam rancangan yang saya nak tengok, cepatlah tukar", kata Soo Mi sopan. TV mereka ada dua, iaitu di atas dan di bawah. Soo Mi tidak mahu mengganggu ommanya menonton TV, jadi, dia berusaha untuk mendapatkan TV di atas, tetapi, oppanya juga tidak mahu mengalah. "Alah, oppa yang dapat dahulu", kata Dong Ho. "Tolonglah oppa, saya janji saya buat satu perkara yang oppa suruh", balas Soo Mi. Kelihatan Dong Ho sedang berfikir tentang cadangan Soo Mi. "Okay, aku nak kau bekerja sambilan di Mocha Cafe dekat depan sekolah kita itu", kata Dong Ho selamba. Sebenarnya dia mahu mengenakan dongsaengnya tapi tidak disangka Soo Mi sanggup bekerja sambilan hanya untuk melihat Infinite.





"The doctor said I had multiple personalities...but we don't believe him." - Ray {Alone}

© THEME

{ past / present }