Vanished (Part 2)
▲ Wednesday, November 23, 2011 / 12:10 PM
"Young Min, kenapa Kwang Min tidak datang ke sekolah?", tanya Cikgu Seung Gi. "Entahlah cikgu, semalam dia beritahu omma kami untuk tidur di rumah Jeong Min", balas Young Min. "Hmm, ponteng sekolah lah tu, tapi tak akan omma dan appa Jeong Min tidak marah", sambung Cikgu Seung Gi. Young Min memberi isyarat tidak tahu. Cikgu Seung Gi hanya menggeleng. "Baiklah semua, tarikh akhir untuk tugasan yang cikgu beri mesti dihantar pada minggu depan hari isnin", terang Cikgu Seung Gi. Murid - murid mula mengeluh dan merungut. "Cikgu yakin kamu akan cari di internet sahaja, jadi, tak ada alasan untuk kamu semua beri, sekarang kan zaman moden", sambung Cikgu Seung Gi. "Cikgu, kenapa cikgu beri tugasan bodoh seperti ini?", tanya Hyun Seong. "Sekolah sudah hampir habis, cikgu saja buat aktiviti untuk luangkan masa kamu lah", kata Cikgu Seung Gi tersenyum gembira.
"Oh, begitu rupanya, baru saya faham", kata Hyun Seong. Sepanjang sesi pembelajaran, Young Min, Min Woo dan Hyun Seong tidak berhenti - henti membuat rancangan untuk mendapatkan markah tertinggi di dalam tugasan projek yang diberi oleh Cikgu Seung Gi. Oleh kerana sudah akhir tahun, mereka tidak belajar di sekolah, cikgu - cikgu hanya membuat aktiviti untuk mengisi masa lapang pelajar. Sebaik sahaja loceng dibunyikan, Young Min, Min Woo dan Hyun Seong berlari ke rumah Hyun Seong untuk bersiap. Semalam, Young Min dan Min Woo sudah siapkan peralatan dan tinggalkannya di rumah Hyun Seong. "Cepatlah makan, kita pergi cepat, balik pun cepat", kata Young Min. Mereka masih tidak tahu akan nasib mereka apabila tiba sahaja di villa itu.
............................................................................................
"Wah, cantik dan besarlah villa ini, kayanya aku kalau duduk di sini", kata Min Woo gembira. "Hello hantu, kami dah sampai!", jerit Young Min dan kemudian ketawa terbahak - bahak. Hyun Seong hanya menggeleng, dia berasa amat takut dengan villa itu. Hatinya tidak tenang sepanjang menjejakkan kaki ke dalam villa ini. "Young Min, tangkap gambar rumah ini", perintah Min Woo. "Kau ambillah sendiri, aku nak jalan - jalanlah tengok hantu menakutkan, lalu, mereka berdua ketawa tidak berhenti. "Tolong", tiba - tiba kedengaran suara seorang budak lelaki meminta tolong. Young Min dan Min Woo berhenti ketawa dan terus berlari ke arah suara itu, Hyun Seong pun turut bersama.
Walaupun waktu itu baru menunjukkan pukul 3.00 petang tetapi di dalam villa ini sungguh gelap. Mereka harus menggunakan lampu suluh untuk melihat. Hyun Seong terjatuh dan lampu suluh yang dipegangnya tercampak. Dia cuba bangun perlahan dan meraba di kawasan sekelilingnya untuk mengambil lampu suluh yang tercampak tadi. Young Min tidak mempedulikan Hyun Seong dan terus pergi ke arah suara itu. Min Woo menolong Hyun Seong untuk bangun semula. "Tolong!", suara itu menjerit sekali lagi. Young Min mencuba cari arah suara itu lagi tapi tetap tidak menemuinya. Tiba - tiba dia terjatuh dalam satu lubang, fikirnya. "Aduh, sakitnya". Dia cuba membuka lampu suluh yang terjatuh dan "Aargh!!!".
"Young Min", kata Hyun Seong dan Min Woo serentak. "Mana dia?", tanya Min Woo yang sedang panik. "Mollayo", balas Hyun Seong. Mereka berlari di seluruh tempat dan cuba mencari Young Min. Tiba - tiba ada sesuatu menyentuh bahu Hyun Seong dan itu adalah Kwang Min!. "Macam mana awak berdua boleh berada di sini?, mari keluar, dekat sini betul - betul ada hantu, saya nak keluar!", rayu Kwang Min sambil menangis. Dalam matanya jelas kelihatan dia amat takut. "Apa yang terjadi?, mana Young Min?", tanya Min Woo. Memang mereka bermusuhan, tetapi, ini bukan masanya untuk bergaduh. "Jeong............. Jeong............ Jeong Min.......... dah.............dah............dah mati!", bisik Kwang Min perlahan kerana amat takut.
"Hah?", tanya Hyun Seong menjerit. Mungkin dia terkejut dan ketakutan. Min Woo cepat - cepat menekup mulut Hyun Seong. "Apa dah jadi pada Young Min?. Mana dia?", tanya Kwang Min berbisik. "Molla, kami puas cari dia", kata Min Woo. "Mungkin dia juga sudah mati?", kata Kwang Min bermulut celupar. "Kwang Min, jaga mulut awak ya, Young Min tu kan keluarga awak juga", marah Min Woo. "Bukan niat saya berkata begitu, saya takut, macam mana kalau dia betul - betul sudah mati?", kata Kwang Min. "Dan bagaimana kalau dia belum?", kata Min Woo pula yang masih marah. "Saya rasa .................... Dong Hyun .................... sudah mtilah", bisik Kwang Min. "Sudahlah, saya nak keluar", marah Hyun Seong secara tiba - tiba dan dia terus berlari. Min Woo dan Kwang Min cuba mengejarnya tetapi tiba - tiba mereka lihat Hyun Seong ditarik. Mereka berlari secepat mungkin untuk menyelamatkan Hyun Seong, tetapi, setibanya mereka di sana, alangkah terkejutnya apa yang mereka lihat. Kwang Min terus muntah disitu. Min Woo melutut dan mula menangis.
"Hyun Seong!", jerit Min Woo sambil menangis. Kwang Min juga menangis, tidak sangka semua ini akan berlaku sepantas itu. Hyun Seong mati dalam keadaan yang ngeri, kepalanya terpusing ke belakang, darah keluar memancut daripada badannya. Oleh kerana mereka amat takut, mereka tidak dapat berfikiran secara waras. Tiba - tiba "Tolong!, ini saya Young Min, sesiapa, dengar tak?". Kedengaran suara Young Min menjerit. "Young Min!, jerit Min Woo, dia mula tersenyum dan pandang ke arah Kwang Min. Kwang Min juga tersenyum. Mereka berlari ke arah suara Young Min dengan pantas, berharap dia masih hidup. "Young Min, tuggu, saya datang!", jerit Min Woo. Makin lama, suara Young Min makin perlahan dan mula hilang. "Young Min?", jerit Min Woo lagi. Kwang Min berada betul - betul di belakang Min Woo. Min Woo berpaling ke belakang dan mendapati Kwang Min sudah tiada. "Kwang Min!", jerit Min Woo.
Dia melarikan diri untuk menyuluh ke belakang dan tiada apa - apa. Tiba - tiba kedengaran seperti rantai besi diseret di lantai. Min Woo perlahan - lahan pergi ke arah itu. Tiba - tiba Min Woo rasa seperti seseorang mencuit bahunya, apabila dia menoleh ke belakang, sesuatu objek tajam memancung kepalanya. Kwang Min juga mati, lehernya patah kerana rantai besi disangkut di lehernya dan dia diseret sepanjang jalan. Young Min mati akibat darah tidak berhenti keluar. Sewaktu dia terjatuh, dia sebenarnya terjatuh ke dalam telaga dan mengalami pendarahan di bahagian kepala. Dia juga terlihat mayat Dong Hyun di dalam telaga itu. Mereka semua mati di sebuah villa di perkampungan ........................... yang betul - betul terletak di atas bukit.
Keluar Berita.
Mayat mereka selamanya tidak dijumpai kerana tiada sesiapa pun yang berani memasuki villa usang itu. Merek disahkan hilang oleh pihak polis. Kes pencarian enam pelajar yang hilang ditutup selepas enam bulan mereka gagal ditemui.
THE END/TAMAT.
