Chocalate Lovers (Ep 1)
▲ Friday, November 25, 2011 / 4:32 AM

Shin Soo Mi melihat pelbagai jenis coklat yang lazat di kedai coklat kegemarannya lagi. “Ahh, sedapnya coklat ini”, bisik hati Soo Mi. Sejak dari kecil lagi, Soo Mi gemarkan coklat pahit, lagipun ia baik untuk kesihatan Soo Mi. Ommanya selalu memarahinya kerana selalu menghabiskan duit hanya untuk coklat. “Sudah - sudahlah tu dengan coklat, omma rampas duit kamu nanti”, marah Puan Shin. “Alah omma ni”, rungut Soo Mi. “Tidur cepat, esok sekolah, kamu ni kan jenis yang suka bangun lambat”, tambah Puan Shin lagi. Soo Mi hanya mengangguk dan masuk ke bilik tidurnya. Dia terus melompat di atas katilnya dan memeluk rilakkuma kesayangannya yang berwarna coklat. “Rillakkuma, saya sayang awak, kesian awak tak ada nama, bila saya jumpa orang yang saya betul sukakan, saya berilah awak nama”, kata Soo Mi seorang diri.
"Tit -tit", penggera berbunyi. Soo Mi masih mengeliat, itulah padah tidur lambat. Semalam dia tidur pukul 1.00 pagi, itulah yang menyebabkan ommanya bising tak tentu hala. “Ahh, ya lah penggera kesayanganku, berhentilah berbunyi, saya bangun”, kata Soo Mi seorang diri. Dia bangkit dari katil dan mengemas katilnya lalu masuk ke tandas dan membersihkan diri. Setelah siap memakai uniform sekolah, dia turun ke bawah untuk mengambil sarapan. Ommanya sentiasa bangun awal untuk membuat sarapan keluaraga, betapa baiknya omma Soo Mi ini., bertuah dia. “Soo Mi, tengok ni omma buat telur separuh masak, omma tau kamu sukakannya sangat”, kata ommanya ramah. “Kamsahamnida omma, saranghaeyo”, ucap Soo Mi. Setelah menjamah sarapan pagi, appanya mengahantar dia ke sekoalah.
Setibanya di sekolah, dia menegur chingu baiknya Park Ji Yeon. “Annyeong Ji Yeon, awak bersarapan apa pagi tadi?”, Tanya Soo Mi. “Saya tak bersarapanlah, omma tak nak buatkan, saya malas”, kata Ji Yeon sambil memuncungkan bibirnya. Soo Mi hanya menggeleng, bertuah dia mendapat omma yang rajin bangun pagi. “Biar saya belanja awak ya Ji Yeon, kasihan awak”, kata Soo Mi lembut. Dia amat baik terhadap chingunya Ji Yeon. Ji Yeon sentiasa menolong Soo Mi apabila dia memerlukan bantuan seperti tertinggal duit belanja. Ji Yeon tersenyum lebar. “Wah, betul ni?, gomawo Soo Mi, sarangahaeyo”, kata Ji Yeon sambil memeluk Soo Mi. Mereka berdua berjalan beriringan ke kantin dan membeli makanan untuk Ji Yeon. “Awak tak nak makan ke Soo Mi?”, Tanya Ji Yeon. “Saya dah makan di rumah tadi, omma saya buatkan telur separuh masak”, kata Soo Mi sambil tersenyum. “Soo Mi, nanti awak nak pergi kedai coklat lagi ke?”, tanya Ji Yeon. “Eh, mestilah”, kata Soo Mi. “Macam mana kalau omma awak dapat tahu?” kata Ji Yeon. “Biarlah omma tahu, saya tak peduli, saya nak juga beli coklat itu”, kata Soo Mi lagi. Soo Mi memang perlu diperhati 24 jam, tidaklah dia berani untuk membeli coklat lagi. Ji Yeon hanya menggeleng, dia amat kenal dengan chingunya seorang itu. Kalau tiada coklat dalam hidup memang bukan Shin Soo Mi lah itu.
“Kringg”, bunyi loceng. “Dah masuk kelas lah, jom!”, ajak Soo Mi. Ji Yeon terus menelan roti yang dimakannya. Soo Mi sempat lagi gelakkan chingunya yang terus menelan makanan. Tempat duduk mereka betul - betul bersebelahan. Setibanya mereka di kelas, mereka terus duduk. “Baiklah kelas, hari ini, kita ada pelajar baru”, kata guru kelas mereka. Kelihatan seorang budak lelaki memasuki kelas mereka, dia mula memperkenalkan dirinya. “Nama saya Nam Woo Hyun, saya merupakan pelajar baru di sini, sila berikan tunjuk ajar”, ucap Woo Hyun, pelajar baru itu. Semua pelajar perempuan tersenyum, pastinya terkena penangan Woo Hyun, pelajar baru yang amat kacak. Kekacakan Woo Hyun telah mengalahkan atlet terbaik sekolah mereka iaitu Choi Min Ho. Nampaknya semua gadis di kelas itu terpesona kecuali dua budak perempuan yang bernama Shin Soo Mi dan Park Ji Yeon. Woo Hyun duduk betul – betul di hadapan mereka tetapi mereka seperti tiada perasaan. Mata – mata pelajar lain asyik ke arah mereka berdua, mungkin cemburu kerana tidak dapat duduk di tempat berdekatan Nam Woo Hyun, pelajar baru di KWB High School.. “Hai, saya Nam Woo Hyun”, tegur Woo Hyun sambil tersenyum manis. “Saya Soo Mi dan ini Ji Yeon”, kata Soo Mi. Kemudian dia menoleh semula ke hadapan. Tempat duduk Woo Hyun betul – betul bersebelahan Choi Min Ho, atlet terbaik di KWB High School. “Cikgu, boleh saya tahu, siapa yang duduk di sebelah saya?”, tanya Woo Hyun pada cikgu kelasnya. “Oh, itu tempat Choi Min Ho, dia atlet terbaik di sekolah ini”, kata Cikgu kelas mereka.
Waktu pembelajaran pantas berlalu, sudah tibanya masa pulang ke rumah. Inilah masanya Soo Mi selinap untuk ke kedai coklat kegemarannya. Setiap kali waktu pulang, Soo Mi harus pulang berjalan kaki kerana appanya masih kerja dan ommanya tiada kereta hendak mengambil Soo Mi. Masa itulah yang Soo Mi selalu gunakan untuk membeli coklat pahit. “Awak yakin ke yang omma awak pasti tak akan tahu?”, tanya Ji Yeon. “Omma selalu tahu sebab saya selalu tunjuk padanya”, kata Soo Mi. “Oh, tak faham”, kata Ji Yeon. “Hari ni saya beli dan sorok di beg sayalah, omma pasti tidak akan tahu”, terang Soo Mi lalu tersenyum lebar. Ji Yeon juga tersenyum, Soo Mi sanggup mencari pelbagai jalan hanya untuk coklat. “Soo Mi, hari ni saya kena balik cepat sebab saya dan omma saya mahu pergi mall”, kata Ji Yeon. “Oh, okay, nanti di mall, belilah coklat untuk saya”, kata Soo Mi lalu ketawa. Soo Mi tidaklah terlalu obsess dengan coklat, tetapi dia membuat satu hari hanya untuk coklat. Dia ingin meniru Kang So Ra (artis korea) yang amat fanatic dengan roti, tapi, dia pula minat coklat, jadi dia akan menyediakan satu hari hanya untuk coklat, manakala, Kang So Ra telah membuat satu hari yang khas untuk roti sahaja. Soo Mi amat meminati lakonan Kang So Ra, itulah idolanya. Sebelum ini dia membeli coklat hanyalah untuk hari coklat yang jatuh pada 8 Februari pada setiap tahun, sekaranglah 8 Februari. Oleh itu, Soo Mi harus membeli coklat dalam kuantiti yang banyak hari ini untuk dia menjamahnya sepuas hatinya. “Encik, berapakah harga untuk semua coklat ini?”, tanya Soo Mi sopan. “Oh, ini semua adalah blabla won”, kata juruwang itu. “Alamak, duit aku kan omma dah rampas semalam, macam mana ni?”, bisik hati Soo Mi. Tiba - tiba bahunya dicuit seseorang daripada belakang. “Apa awak buat di sini?”, tanya Woo Hyun. “Oh, awak ke Woo Hyun, saya nak beli coklatlah”, balas Soo Mi. “Wah!, banyaknya”, kata Woo Hyun. Soo Mi hanya tersengih. Tiba - tiba Soo Mi menarik Woo Hyun keluar daripada kedai coklat itu. “Awak ada berapa duit sekarang?”, tanya Soo Mi. “Saya ada blabla won, wae?”, tanya Woo Hyun pelik. “Boleh bagi saya pinjam?, nanti saya pulangkan esok, saya betul - betul perlukan kesemua coklat ini”, rayu Soo Mi. “Baiklah”, kata Woo Hyun. Dia menghulurkan wang kepada Soo Mi untuk membeli coklat. Soo Mi terus merampas duit itu dan mengucap “Gomawo”. Dia membeli kesemua coklat itu dan pergi ke arah Woo Hyun. “Gomawo sekali lagi, esok saya pulangkan”, kata Soo Mi. Woo Hyun hanya tersenyum manis, senyumannya telah menusuk hati suci si gadis Soo Mi. Soo Mi cepat - cepat mengalihkan pandangannya. “Boleh saya teman awak pulang?”, tanya Woo Hyun. “Eh, tak apalah, saya boleh balik sendiri, gomawo”, kata Soo Mi sambil menundukkan kepala kemudian beredar pergi. Woo Hyun hanya melihat Soo Mi pergi dari jauh kemudian dia menjerit “Awak tau, hari ini hari istimewa buat saya”. Soo Mi berhenti dan berpaling ke arah Woo Hyun. “Apa maksud awak?”, jerit Soo Mi. “Hari ini adalah hari jadi saya”, jerit Woo Hyun.
Soo Mi terkejut, hari ini adalah hari jadi Woo Hyun, tetapi, dia pula senang - senang meminta duit daripada Woo Hyun. Soo Mi pergi ke arah Woo Hyun semula dan menghulurkan sekotak coklat berbentuk hati kepada Woo Hyun. “Ini saya bagi awak sempena hari jadi, esok, saya bayar tau”, kata Soo Mi. “Kamsahamnida”, ucap Woo Hyun, perlahan - lahan air mata Woo Hyun menitis. Soo Mi tersentak, kenapa pula Woo Hyun hendak menangis. “Kamsahamnida, saya terharu sangat, tak pernah sesiapa berikan saya hadiah hari jadi tanpa sebab tertentu”, kata Woo Hyun. Soo Mi tersenyum, “Saya akan selamanya member awak hadiah dengan hati yang ikhlas sebab kita kan chingu baik?”, kata Soo Mi. “Ya, kita chingu baik”, balas Woo Hyun yang masih terharu. Soo Mi hanya tersenyum dan beredar pergi. Setibanya di rumah, Soo Mi buat muka selamba. “Soo Mi, kenapa balik lambat?”, tanya ommanya. “Oh, saya siapkan kerja rumah di sekolah tadi, malas mahu buat di rumah”, tipu Soo Mi. “Omma tahu hari ini hari istimewa buat kamu”, kata ommanya. “Istimewa”, tiba - tiba sahaja Soo Mi teringat perbualannya dengan Woo Hyun di kedai coklat tadi. “Baiklah omma memberi kamu kebebasan pada 8 Februari setiap tahun”, kata ommanya. Soo Mi melompat gembira dan terus memeluk ommanya.
