Chocalate Lovers (Ep 2 : Part Last)
▲ Friday, November 25, 2011 / 4:53 AM

Keesokan harinya, seperti biasa Soo Mi pergi ke sekolah dan bertemu dengan Ji Yeon. “Annyeong Ji Yeon”, tegur Soo Mi ramah, hari ini mereka sama - sama terus memasuki kelas sebelum loceng berbunyi. Soo Mi kelihatan seperti sedang mencari kelibat seseorang. Tidak sempat Ji Yeon hendak menjawab sapaan Soo Mi, Soo Mi telah menanyakan soalan. “Mana Woo Hyun?”, tanya Soo Mi. “Hai, Woo Hyun?, entah”, kata Ji Yeon selamba. Loceng berbunyi dan guru mata pelajaran pertama masuk. Ini sepatutnya merupakan hari kedua Woo Hyun, tetapi, dia tidak datang ke sekolah. “Kelas, hari ini Nam Woo Hyun, pelajar baru itu tidak dapat hadir ke sekolah, kerana dia harus pergi ke hospital untuk memeriksa masalah kesihatannya”, kata guru sains mereka. “Masalah kesihatan?”, bisik hati Soo Mi.
Setelah 2 bulan :
“Hai semua, maafkan saya kerana tidak dapat hadir ke sekolah selama 2 bulan”, kata Woo Hyun. Semua pelajar terkejut dengan keadaan fizikan Woo Hyun, tubuhnya amat kurus seperti orang yang tidak makan selama setahun. Woo Hyun duduk di tempat lamanya. Soo Mi menundukkan mukanya, tidak berani bersapa dengan Woo Hyun. Tidak sangka, air mata Soo Mi menitis untuk Woo Hyun. “Awak Choi Min Ho ke?. sayalah Woo Hyun”, sapa Woo Hyun. Min Ho hanya tersenyum. Sesi pembelajaran habis apabila bunyi sahaja loceng yang menandakan waktu pulang. Soo Mi menunggu semua pelajar keluar daripada kelas. Hari itu Ji Yeon tidak datang ke sekolah kerana dia demam. Soo Mi selalu melawatnya selepas habis sekolah. Woo Hyun seorang yang lambat menyusun bukunya. Soo Mi menolong Woo Hyun mengemas bukunya. “Woo Hyun, awak sakit apa?”, tanya Soo Mi. Air mata Soo Mi mula turun. Woo Hyun masih mampu tersenyum. “Saya masih tidak menjumpai penderma buah pinggang yang sama dengan saya”, terang Woo Hyun tetapi dia masih mampu tersenyum manis.
“Saya mahu tolong awak Woo Hyun!”, kata Soo Mi. Soo Mi tersungkur jatuh di atas lantai. “Saya ............ saya ........... amat Sukakan awak Woo Hyun”, kata Soo Mi yang menangis tersesak - esak. Woo Hyun memandang wajah Soo Mi. “Mianei, tapi, saya dah tiada harapan untuk hidup”, kata Woo Hyun. “Berapa masa yang awak tinggal untuk hidup?”, tanya Soo Mi. “7 hari”, kata Woo Hyun. Soo Mi terus memeluk Woo Hyun erat. “Saya tak mahu kehilangan awak Woo Hyun, awaklah cinta pertama saya, awak tau tak?, saya perlukan awak Woo Hyun!”, kata Soo Mi sambil menangis. “Saya pun sukakan awak Shin Soo Mi, tapi, saya harus pergi jauh, saya harap awak faham”, kata Woo Hyun. Air mata Woo Hyun juga menunggu masa untuk jatuh. “Saya akan derma buah pinggang saya untuk awak Woo Hyun!”, kata Soo Mi. “Walaupun buah pinggang awak sama dengan saya tapi, saya mahu pergi, saya tak mahu hidup lagi”, kata Woo Hyun. Akhirnya air mata Woo Hyun mula jatuh. “Saranghaeyo Nam Woo Hyun”, ucap Soo Mi. “Sarang ...... haeyo”, ucap Woo Hyun lalu rebah. Soo Mi terkejut dan cuba mengejutkan Woo Hyun tetapi dia tetap tidak bangun. “Oh tuhanku tolonglah jangan ambil nyawanya sekarang, kerana .............. Saya betul - betul perlukan dia”, kata Soo Mi. Soo Mi cepat -cepat meminta bantuan guru dan guru - guru segera menghantar Woo Hyun ke kereta appa Woo Hyun yang menunggun di hadapan sekolah. Soo Mi tidak dibenarkan oleh cikgunya untuk ikut bersama menghantar Woo Hyun ke hospital;. Dia hanya boleh lihat kereta milik appa Woo Hyun itu memandu laju dari jauh.
“Cepat periksa kadar jantung dia!”, jerit seorang doktor. Omma dan appa Woo Hyun risau tunggu di luar wad. Appa dan omma Woo Hyun memang sudah tahu bahawa Woo Hyun mahukan kematiannya sendiri kerana tidak sanggup hidup dengan sakitnya lagi. Omma dan appa Woo Hyun menentang kehendak Woo Hyun kerana ommanya mahukan anak tunggalnya hidup. Woo Hyunlah satu - satunya anak kandungnya, dia tidak sanggup kehilangan Woo Hyun lagi. Setelah menunggu selama 40 minit, akhirnya doctor yang merawat Woo Hyun keluar daripada wad. “Macam mana keadaan Woo Hyun doktor?”, tanya omma Woo Hyun. Doktor itu hanya menggeleng menandakan bahawa Woo Hyun tiada harapa untuk meneruskan kehidupan. Daripada kecil Woo Hyun menaggung beban kesakitan itu tanpa ada sesiapa yang sama darah dan buah pinggangnya hendak menderma buah pinggang untuk Woo Hyun.
“Aku harus mencari jalan untuk ke hospital Woo Hyun”, kata Soo Mi seorang diri. “Cikgu, hospital Woo Hyun di mana?”, tanya Soo Mi pada seorang guru lelaki. “Hospital GH yang terletak beberapa kilometer dari sini”, kata cikgu lelaki itu. “Gomawo”, ucap Soo Mi sopan. Omma Soo Mi tahu bahawa Soo Mi sepatutnya berada di rumah Ji Yeon untuk melawatnya. Jadi, Soo Mi ada masa untuk melawat Woo Hyun di hospital. Soo Mi menaiki sebuah bas yang kebetulan berhenti di hadapan sekolahnya untuk menghantar orang yang tinggal di kawasan ini. Soo Mi menaiki dua buah bas untuk sampai ke hospital itu. Setibanya Soo Mi di Hospital GH, dia terus ke kaunter pertannyaan. “Tumpang tanya, boleh saya tahu di mana wad pesakit bernama Nam Woo Hyun?, saya chingunya datang untuk melawat”, kata Soo Mi sopan. “Oh, dia berada di tingkat 14, Blok A, Wad ICU”, bilik nombor 14, kata orang itu. “Gomawo”, ucap Soo Mi. Sebaik sahaja Soo Mi mendengar perkataan “ICU” itu, hatinya tak senang. Dia mencari bilik Woo Hyun secepat mungkin. Setibanya Soo Mi dibilik Woo Hyun, dilihatnya banyak tiub yang tertusuk di tubuh Woo Hyun. Woo Hyun juga menggunakan mesin untuk membantunya bernafas. Jika ditutup mesin itu, Woo Hyun akan mati akibat ketiadaan oksigen. Ketika itu, tiada sesiapa di bilik Woo Hyun. Soo Mi melangkah layu keluar daripada bilik Woo Hyun. Dia terus ke kaunter jururawat. “Tumpang tanya, pesakit yang berada di bilik nombor 12 itu, darahnya jenis apa?”, tanya Soo Mi. “Jenis darah dia adalah “AB”, wae?”, tanya jururawat bertugas itu. Soo Mi tersenyum gembira. “Darah saya juga AB, bolehkan saya mahu mendermakan buah pinggang saya untuk dia?”, tanya Soo Mi sambil menangis. “Boleh sahaja, pesakit itu sudah lama memerlukan buah pinggan yang baru, adik ini siapa?”, tanya jururawat itu lagi. “Oh, saya chingu baik dia”, kata Soo Mi. “Adik dah minta izin omma dan appa adik?”, tanya jururawat itu. “Belum, omma dan appa saya mesti tak akan sekali benarkan, tolonglah saya dan Woo Hyun, biarlah saya mulakan pembedahan dan kemudian telefon mereka”, rayu Soo Mi. “Mianeiyo, tapi, kakak tak boleh buat macam itu”, kata jururawat itu. “Tolonglah, dia hanya mempunyai 7 hari sahaja lagi untuk hidup, tolonglah berikan chingu baik saya peluang untuk hidup”, rayu Soo Mi lagi. Jururawat itu tidak berkata apa - apa dan kemudian dia mula bersuara. “Baiklah, apa nombor telefon rumah, omma dan appa adik?”, tanya jururawat. Soo Mi tersenyum gembira dan memberikan nombor telefon dan maklumat dirinya sebagai penderma buah pinggang kepada pesakit bernama Nam Woo Hyun.
Soo Mi dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan, perasaan dia ketika itu amat takut kerana itulah pertama kali dia berada dalam bilik pembedahan. Soo Mi diberi gas pelali dan dia pengsan.
“Baiklah puan, kami ada berita gembira, pembedahan itu berjalan lancar”, kata doktor pembedahan itu sebaik sahaja keluar daripada bilik pembedahan. Omma dan appa Woo Hyun gembira mendengarnya. Omma dan appa Soo Mi juga gembira kerana Soo Mi sanggup melakukan perkara sebegitu untuk chingu baiknya. Mereka amat bangga dengan Shin Soo Mi. Appa dan Omma Woo Hyun bersyukur, nampaknya Woo Hyun sudah ada peluang untuk hidup dan bergembira seperti remaja lain. Setelah Woo Hyun sedar, dia lihat di kawasan sekelilingnya. Tak lain dan tak bukan, itu Shin Soo Mi yang berada di sebelah katilnya. “Apa dia buat di sini?, kenapa badannya penuh dengan tiub?, adakah ia seperti apa yang aku fikrkan?”, bisik hati Woo Hyun. Dia menangis tapi dia tidak tahu kenapa dia menangis. Adakan dia gembira kerana dapat hidup atau sedih kerana terpaksa membawa Soo Mi dalam hidupnya yang penuh keperitan?. Omma Woo Hyun memasuki bilik, ketika itu jam menunjukkan pukul 12.00 malam. Ommanya tersenyum melihat Woo Hyun, dia tidak dapat bayangkan macam mana Woo Hyun dapat berseronok nanti. Omma Woo Hyun terkejut melikat Woo Hyun menangis. “Omma, siapa panggil dia?”, tanya Woo Hyun. Ommanya tersenyum dan berkata “Dia datang sendiri, omma amat berterima kasih pada dia kerana dia berikan satu - satunya anak omma ini peluang untuk hidup”, kata ommanya. Perlahan - lahan Woo Hyun memejamkan matanya untuk tidur semula.
“Soo Mi!”, panggil Woo Hyun. “Woo Hyun, adakah awak akan sihat selepas ini?”, tanya Soo Mi. Mereka berdua baru sedar selepas 3 hari koma. “Ya, saya akan normal seperti budak - budak lain”, kata Woo Hyun. Soo Mi tersenyum, dia menangis gembira. “Kenapa awak buat macam ini Soo Mi?”, tanya Woo Hyun. “Sebab saya cintakan awak”, balas Soo Mi. “Dan bagaimana kalau suatu hari nanti saya jatuh cinta pada orang lain?”, tanya Woo Hyun pula. “Tak apa, saya tak akan marah sebab saya tahu kita selalu bersama sebab buah pinggang saya ada pada awak”, kata Soo Mi. Woo Hyun tertawa perlahan kerana dia masih sakit, penangan daripada pembedahan buah pinggang yang dibuat 3 hari lepas. “Woo Hyun, lepas saya keluar hospital, saya bayarlah duit awak dulu sebab sekarang saya tak boleh bangun”, kata Soo Mi. “Awak tak pernah lupakan?’, tanya Woo Hyun. Soo Mi hanya menggeleng dan dia tersenyum. “Tak payahlah bayar, saya bayar untuk buah pinggang awak ini”, kata Woo Hyun sambil tersenyum gembira. Soo Mi juga tersenyum.
Setelah mereka sihat dan dibenarkan pulang :
Mereka berdua berada di padang rumput besar yang sunyi. Kehijauan kawasan itu menarik hati Soo Mi. Dia melompat sana - sini bersama Woo Hyun. Mereka baring di suatu sudut, Woo Hyun menyuapkan coklat kegemaran Soo Mi dan menyanyikan lagu sambil menari pada Shin Soo Mi, cinta pertamanya. Woo Hyun juga gemarkan coklat pahit kerana ia bagus untuk kesihatan. Sebenarnya dari kecil lagi, dia juga peminat coklat pahit yang mengisahkan tentang dirinya yang penuh keperitan. Mereka berdua menghabiskan banyak masa bersama setelah selesai menjalankan pembedahan buah pinggang itu. Soo Mi terpukau melihat persembahan tarian dan nyanyian Woo Hyun secara percuma di bawah matahari yang sedang terbenam. “Mulai hari ini rilakkuma, nama awak Nam Woo Hyun”, bisik hati Soo Mi.
THE END/TAMAT
