<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1412770947201719901?origin\x3dhttp://juzordinarygirlff.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Mocha Cafe (Part 2)
▲ Sunday, November 6, 2011 / 1:24 AM

"Baik aku mandi dan tenangkan fikiran aku dari fikirkan tentang Soo Mi", bisik hati Ah Bin. Setelah mandi dan bersiap, dia pun meminta izin ommanya untuk pergi ke rumah Soo Mi yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya. Ah Bin berjalan kaki untuk ke rumah Soo Mi. Setibanya dia di rumah Soo Mi, kelihatan oppa Soo Mi, Dong Ho sedang bermain gitar di hadapan rumahnya. "Annyeong Haseyo oppa Dong Ho, Soo Mi ada?", tanya Ah Bin sopan. "Oh, kau rupanya, budak kecil itu ada di atas, tahniah", balas Dong Ho. Wajah Ah Bin mula berkerut pelik, tahniah?. Untuk apa ucapan tahniah itu?. "Tahniah?", tanya Ah Bin. "Oh ya, oppa dengar kau dah bercouple dengan Kevin", balas Dong Ho sambil tersenyum gembira.

Baru Ah Bin faham, dia hanya tersenyum dan memasuki rumah Soo Mi. Dia terus ke ruang tamu untuk bertanya khabar kepada omma Soo Mi. "Mak cik, apa khabar, ini Ah Bin", tanya Ah Bin sopan. "Khabar baik, keluarga kamu?", tanya omma Soo Mi. "Omma dan Appa saya sihat, saya naik atas dulu ya?", kata Ah Bin lagi. "Ya lah", balas Omma Soo Mi. "Woi Soo Mi". Ah Bin menjerit perlahan untuk mengejutkan chingunya. Soo Mi terkejut lantas air yang dipegangnya tumpah. "Ah Bin, kau ini", marah Soo Mi. "Mianeiyo chingu", balas Ah Bin. Ah Bin amat kenal chingunya itu, kalau ada infinite pasti dia leka menontonnya.

"Kau ada telefon Min Gi?", tanya Soo Mi pada Ah Bin. "Tak pula, wae?", tanya Ah Bin pula. "Tak ada apa - apa, aku ingat nak ajak dia sekali pergi ke Mocha Cafe tengok boyfriend handsome dekat sana. "Tak serik lagi ke dia ni, nak kena buli lagi teruk oleh Hyun Ah ke?", bisik hati Ah Bin. Tiba - tiba telefon bimbit Soo Mi berdering lagu paradise yang dinyanyikan oleh Infinite. Soo Mi menjawab panggilan itu dengan tenang. "Min Gi, jom kita lepak dekat Mocha Cafe". Tidak sempat Min Gi berkata apa - apa, Soo Mi sudah bertanya dahulu. "Boleh juga, tak ada masalah kalau bab nak tengok Sung Jong aku", balas Min Gi selamba, tetapi dia risau juga kalau - kalau Soo Mi dibuli oleh Hyun Ah lagi.

"Alright, pukul 6.00 petang nanti kita bertolak ke sana, aku dan Ah Bin akan jumpa kau dekat depan pagar sekolah, macam mana?", tanya Soo Mi lagi. "Aku okay sahaja, bye", kata Min Gi. "Okay, bye", balas Soo Mi. Soo Mi terus meletak telefonnya dan kami menonton rancangan itu sehingga akhir. Rancangan itu akhir tepat pada pukul 5.50 petang. Dia mengajak Ah Bin turun dan meminta keizinan ommanya dahulu lalu mereka berjalan bersama - sama ke Mocha Cafe. Ketika itu, oppa Soo Mi sudah keluar bermain di padang bersama Kevin.

Sambungan akan datang, still part 2. Harap maklum :D.





"The doctor said I had multiple personalities...but we don't believe him." - Ray {Alone}

© THEME

{ past / present }