Vanished (Part 1)
▲ Sunday, November 13, 2011 / 1:58 AM
Keenam enam pelajar telah memasuki sebuah villa usang di atas bukit di perkampungan ...................... Menurut penduduk, villa itu berhantu kerana terdapat suatu kisah, dua orang pelajar telah membunuh diri di situ. Kejadian itu berlaku kira kira pada tahun 1996 dan semenjak itu, tiada sesiapa pun yang berani memasuki villa itu kerana kadang - kadang, mereka terdengar suara tangisan seorang remaja perempuan di villa usang itu. Apakah nasib enam pelajar yang telah memasuki villa itu selepas 15 tahun kemudian?. Terbongkarlah segala rahsia villa usang, yang dipercayai berhantu itu di dalam VANISHED. Saksikanlah!.
"Kenapa awak buat saya macam ini?", marah Ji Eun sambil menangis. "Tengoklah rupa paras awak tu, lagipun awak bukan membawa untung pada saya pun", kata Woo Young. "Saya janji akan bunuh diri kalau awak tak akan mencintai saya lagi", jerit Ji Eun. "Okay, nak bunuh diri lantak kaulah", jerit Woo Young pula sambil menjeling lalu beredar pergi meninggalkan Ji Eun menangis seorang diri. "Tolonglah", laung Ji Eun, tetapi, tidak di endahkan oleh Woo Young.
Keesokan Harinya :
Mayat Ji Eun ditemui di dalam telaga di sebuah villa yang terletak di atas bukit berdekatan dengan kawasan sekolah. Jang Woo Young amat terkejut dengan berita itu. Dia menangis menyesal dengan tindakannya semalam. "Kenapa aku berkata begitu pada dia?", bisik hati Woo Young merana. Dia tidak sangka Ji Eun sanggup membunuh diri walaupun baru 2 bulan setengah bercinta. Akibat terlalu sedih, Woo Young bertindak untuk lari dari rumah tepat pada pukul 10.00 malam pada hari yang sama. Dia juga telah terjun ke dalam telaga itu.
Selepas 15 tahun :
"Baiklah, cikgu mahu kamu semua membuat kajian tentang hantu, siapa yang dapat mencari maklumat paling hebat, cikgu akan beri markah tinggi dan kamu akan dapat ganjarannya". Kwang Min memandang kembarnya dengan pandangan sinis. Dia amat memushi Young Min kerana baginya Young Min sentiasa mendapat perhatian daripada kedua omma dan appa mereka. Young Min hanya tersenyum manis. Dia kenal sangat perangai Kwang Min yang agak kebodohan. Kwang Min mencuit chingunya, Jeong Min. Jeong Min memandang ke arah Kwang Min dan memberi isyarat sebentar. Kwang Min hanya mengangguk tandanya dia faham.
"Kring", loceng sekolah berbunyi menandakan sudah tibanya waktu pulang. "Eh, sekejap, cikgu mahu kamu bahagikan kumpulan sendiri, satu kumpulan ada 6 orang", kata cikgu Seung Gi. Apabila Dong Hyun mendengar perkara itu dia mula mengeluh. Sama juga apa yang berlaku pada Jeong Min dan Kwang Min. Ini kerana mereka pasti akan bergabung dengan Min Woo, Young Min dan Hyun Seong. Mereka keluar dari kelas dengan seribu keluhan. "Nampaknya kita akan menjadi di satu kumpulan", kata Young Min sambil mengukir senyuman yang ikhlas. Kwang Min yang meluat terus menolak Young Min tetapi nasib baiklah Min Woo dan Hyun Seong sempat menyambut Young Min. Kwang Min hanya tergelak dan beredar pergi bersama Jeong Min dan Dong Hyun.
...........................................................................
"Omma, petang nanti saya dan chingu saya hendak keluar bermain tau", kata Kwang Min. "Tau main sahaja, bila nak belajarnya?", marah ommanya. "Alah, omma ni", rungut Kwang Min. Rancangan sebenarnya bukan untuk bermain tetapi pergi ke villa usang di atas bukit berdekatan sekolahnya. "Saya tidur di rumah Jeong Min tau!", sambung Kwang Min lagi. "Hmm, ya lah", balas ommanya.
Young Min hanya memandang Kwang Min dengan pandangan tajam. Dia tahu pasti Kwang Min sedang merancang sesuatu benda. Young Min yang tidak berpuas hati segera menelefon Min Woo. "Min Woo, aku rasa Kwang Min sedang merancang sesuatu lah", kata Young Min. "Nanti kita berjumpa di rumah Hyun Seong tau!", balas Min Woo. Young Min meletak telefonnya lalu masuk ke biliknya daripada mencuri dengar perbualan Kwang Min bersama ommanya. Setelah mendapat persetujuan daripada ommanya, tepat pukul 4.00 petang Kwang Min beredar. Ommanya menyangka bahawa Kwang Min tinggal di rumah Jeong Min, dia menelefon Dong Hyun untuk datang sekali
"Apa kata, malam ini juga kita pergi villa tu?", tanya Dong Hyun bersemangat. Kwang Min dan Jeong Min berpandangan sesama sendiri lalu mengangguk tandanya bersetuju. Dong Hyun tersenyum gembira biarpun timbul sedikit perasaan takut. "Omma, boleh tak saya nak tidur di rumah Kwang Min?", tanya Jeong Min pada ommanya. "Boleh, pergilah", ommanya membalas. Mereka pun mengemas barang untuk dibawa ke villa itu. Antara barang yang dibawa ialah telefon bimbit, kamera, perakam suara, lampu suluh dan air mineral. Tepat pukul 6.00 petang, mereka pun beredar ke villa itu. Sebelum itu, Dong Hyun sudah pun meminta izin daripada ommanya dengan alasan tidur di rumah Jeong Min.
"Apa kata, malam ini juga kita pergi villa tu?", tanya Dong Hyun bersemangat. Kwang Min dan Jeong Min berpandangan sesama sendiri lalu mengangguk tandanya bersetuju. Dong Hyun tersenyum gembira biarpun timbul sedikit perasaan takut. "Omma, boleh tak saya nak tidur di rumah Kwang Min?", tanya Jeong Min pada ommanya. "Boleh, pergilah", ommanya membalas. Mereka pun mengemas barang untuk dibawa ke villa itu. Antara barang yang dibawa ialah telefon bimbit, kamera, perakam suara, lampu suluh dan air mineral. Tepat pukul 6.00 petang, mereka pun beredar ke villa itu. Sebelum itu, Dong Hyun sudah pun meminta izin daripada ommanya dengan alasan tidur di rumah Jeong Min.
........................................................................
Young Min dan Min Woo tiba di rumah Hyun Seong. Mereka terus masuk ke rumah kerana mendapati pintu tidak berkunci. Ini pasti bahawa omma dan appa Hyun Seong tiada di rumah. Hanya Hyun Seong seorang sahaja tinggal di rumahnya. Apabila pintu dibuka, mereka nampak Hyun Seong sedang leka menonton TV. Hyun Seong menyambut kedatangan chingunya dengan baik. "Aku rasa kan, kita patut buat sesuatu yang dahsyat untuk projek hantu yang diberi oleh cikgu Seung Gi", kata Min Woo dengan bersemangat. "Tapi, apa?", tanya Hyun Seong. "Apa kata kita pergi villa usang yang selalu sini takut tu?", tanya Young Min.
"Ish, tak nak lah aku", balas Hyun Seong yang agak takut. "Tak ada, esok lepas sekolah, kita pergi sana", perintah Young Min. Hyun Seong tidak mahu pergi tetapi dia juga tidak mahu chingunya kata bahawa dia seorang yang pengecut lalu bertindak untuk pergi ke villa itu juga.
...........................................................................................
"Kret", bunyi pintu villa itu apabila dibuka. Kwang Min melangkah masuk dahulu dan diikuti Jeong Min dan Dong Hyun. "Wow, seramnya, hahahha", gelak Kwang Min meletus. Jeong Min dan Dong Hyun tidak berkata apa - apa, mungkin mereka takut. Kwang Min tidak berhenti - henti menangkap gambar dan menakutkan kedua - dua chingunya. "Kwang Min, saya jumpa telaga berhantu ni", jerit Dong Hyun. Tiba - tiba ada seseorang menolaknya sehingga terjatuh ke dalam telaga. "Aargh!", jerit Dong Hyun. Dia mati di dalam telaga itu kerana kepalanya terhantuk di dinding telaga itu sehingga hancur. "Eh, itu suara Dong Hyun kan?", kata Jeong Min risau. "Mana ada", balas Kwang Min. Ketika itu mereka berdua berada di tempat lain, Dong Hyun bersendirian.
"Saya nak cari Dong Hyun sekejap", kata Jeong Min yang masih risau tentang Dong Hyun. "Okay", balas Kwang Min. Dia masih sibuk menangkap gambar. "Dong Hyun, dimana awak?", jerit Jeong Min. Oleh kerana sudah malam, dia terpaksa menggunakan lampu suluh untuk melihat. Setelah 2 minit Jeong Min menanti jawapan daripada Dong Hyun tetapi masih tiada balasan. Dia rasa seperti ada sesuatu di belakangnya lalu dia menoleh , tapi yang peliknya tiada sesiapa pun di belakangnya. Dia menoleh semula ke hadapan dan "Bang". Jeong Min dihentak dengan sesuatu objek tajam, darahnya memercik di kawasan sekelilingnya. Dia mati dalam keadaan ngeri. Setelah selesai menangkap gambar, Kwang Min mula tersedar yang Jeong Min dan Dong Hyun tiada. "Dong Hyun, Jeong Min, di mana awak semua?", jerit Kwang Min.
Kwang Min berjalan di semua tempat dalam villa itu untuk mencari Dong Hyun. Tiba - tiba dia terlihat mayat Jeong Min. Sebilah kapak tertusuk di kepalanya, matanya terbuka luas dan seluruh tubuh badanya dipenuhi darah. Kwang Min terkejut sampai tidak boleh berkata apa - apa, dia menangis ketakutan. Dia berlari untuk keluar dari villa itu tetapi pintu tidak boleh dibuka. Tiba - tiba kedengaran suara tangisan seorang perempuan. Kwang Min menutup matanya rapat, dia mula berfikiran negatif. Akibat terlalu takut, Kwang Min pengsan disitu.
Nantikan Episod kedua. Best tak?. Commentlah sikit. Kamsahamnida for reading my story.
